Monday, March 17, 2014

Dilemma Matriculation Student

Finally tinggal lagi sebulan nak abiskan matrikulasi kt Kmku! *Kolej Mara Kulim . Syok gilerrrr!! yang peliknya, makin nak dekat dengan PSPM, students kat kmku ni semua nampak macam rileks je.. i mean, diorang nampak free je. Krik krik krik.. aku terfikir jugak macam mana diorang study. Result gempak-gempak je semua. Most of my friends dapat pointer bagus-bagus. Alhamdulilah. Rezeki diorang kan? Biasa la, bukan excellent student pun aku ni. heehehee..

Ok la. Masalah aku sekarang ni adalah aku dalam dilema untuk pilih universiti mana. Seriously talk, aku ni boleh dikategorikan sebagai seorang yang cerewet walaupun kurang teliti. Before i make any decision, the most important thing *wajib! adalah check kat internet la semua-semua benda. Cewahhh.. dah maju kan? Geng-geng batch 95' untung la, dapat kenal teknologi. Celik IT gitu.. berbalik semula kepada hal yang sepatutnya, aku ni jenis yang survey semua benda dulu la. Untuk kepastian kan.. haha. Aku ni nak masuk bidang architecture, i don't care what others may said about it, aku tetap juga  nak arkitek. Sedih jugak la ada skali tu cikgu cakap" tak payah ambik laa.. dah ramai sangat. Arkitek perempuan ni murah kat pasaran.." TnT

Tapi apa-apa pun muliakan wali mu, okey guyss~ kalau ada restu parents insyaAllah pergi mana pun, jadi apa pun berjaya. Kan restu ibubapa, restu Allah?

Aku tahu mesti ramai akan fikir, "masuk la UIA! semua arkitek bagus-bagus created at UIA". Kawan-kawan aku semua akan tanya "nak pergi UIA ke?" each time i told them that i'm going to be architect. Hmmmmm... aku bukan menolak mahupun menerima pendapat mereka sebulat-bulatnya. Aku pertimbangkan baik dan buruknya. UIA bukanlah pilihan utama aku, pendapat korang? Which U is better? Apart from UIA laa..